TERMS AND CONDITIONS
SYARAT UMUM
Elemmiera berhak menolak perkhidmatan kepada mana-mana individu pada bila-bila masa tanpa perlu memberikan sebab. Semua maklumat yang diberikan semasa pendaftaran hendaklah tepat, terkini dan lengkap.
Untuk membuat pesanan, pelanggan mestilah berumur 18 tahun ke atas serta memiliki kad kredit atau debit yang sah dan diterima oleh pihak kami.
POLISI PRIVASI
Maklumat Yang Dikumpul
Apabila anda melayari laman web kami, maklumat tertentu akan dikumpul secara automatik termasuk jenis pelayar web, alamat IP, zon waktu dan kuki (cookies) yang dipasang pada peranti anda.
Kami juga mengumpul maklumat berkaitan halaman atau produk yang dilihat, sumber rujukan ke laman web kami serta cara anda berinteraksi dengan laman ini.
Apabila anda membuat atau cuba membuat pembelian, kami akan mengumpul maklumat peribadi seperti nama, alamat bil, alamat penghantaran, maklumat pembayaran, alamat e-mel dan nombor telefon (“Maklumat Pesanan”).
Perkongsian Maklumat Peribadiongsian Maklumat Peribadi
Maklumat peribadi anda mungkin dikongsi dengan pihak ketiga yang membantu operasi perniagaan kami, termasuk platform e-dagang seperti Shoppegram. Perkongsian ini tertakluk kepada keperluan operasi, pematuhan undang-undang atau perlindungan hak Elemmiera.
Kerahsiaan
Semua maklumat peribadi termasuk butiran kad kredit dan akaun bank akan dirahsiakan sepenuhnya. Elemmiera tidak akan mendedahkan sebarang maklumat pelanggan tanpa kebenaran terlebih dahulu.
TERMA JUALAN
Semua pesanan tertakluk kepada ketersediaan stok dan pengesahan harga.
Pesanan tidak boleh dibatalkan atau diubah selepas penghantaran dibuat. Sebarang permohonan pertukaran hanya boleh dilakukan dengan memulangkan item kepada pihak kami untuk pemeriksaan atau hadir ke kedai fizikal. Item yang disimpan oleh pelanggan tidak akan dikembalikan wang.
Tempoh penghantaran mungkin berbeza bergantung kepada ketersediaan stok dan sebarang kelewatan akibat faktor luar adalah di luar tanggungjawab Elemmiera.
Dengan membuat pesanan, anda mengesahkan bahawa semua maklumat yang diberikan adalah tepat serta anda merupakan pemegang sah kad pembayaran yang digunakan.
POLISI PERTUKARAN
Pertukaran hanya dibenarkan bagi:
Pertukaran tidak dibenarkan atas sebab:
Pelanggan mesti menghubungi pihak kami dalam tempoh 7 hari selepas menerima item. Kos penghantaran pemulangan ditanggung oleh pelanggan.
Item gantian akan dihantar setelah item asal diterima dan diperiksa di HQ.
Item jualan atau diskaun tidak layak untuk pertukaran atau bayaran balik. Semua item mestilah belum digunakan, tidak dibasuh, tidak dipakai, dalam bungkusan asal dan disertakan resit pembelian.
PENAFIAN
Semua imej produk diambil dalam pencahayaan terkawal dan warna telah diselaraskan sebaik mungkin. Perbezaan warna mungkin berlaku bergantung kepada tetapan skrin peranti anda.
PERUBAHAN TERMA & SYARAT
Elemmiera berhak mengemas kini atau mengubah mana-mana bahagian terma dan syarat ini pada bila-bila masa. Sebarang perubahan akan dipaparkan di laman web kami.
Penggunaan berterusan laman web ini selepas sebarang perubahan dibuat dianggap sebagai penerimaan terhadap terma yang dikemas kini.